Berdasarkan tajuk, anda boleh agakla apa yang aku tak merapu kali ni.Perasan tak sekarang ni industri muzik Malaysia ditakluki indie band. Macam2 nama keluar...Hujan, paling top la sekarang ni..lagi ade Meet Uncle Hussein (glamer pakcik Hussein), Bunkface, Laila's Lounge dan byk lagi la..tula..bila Hujan dah turun, bykla cendawan tumbuh..kehkeh. Tapi, tujuan aku kat sini bukanlah nak kutuk indie band ni, bahkan nak puji lagi mereka. Kenapa aku puji mereka? Sebab muzik mereka bagus! Asia Bagus! Gabungan lirik dan irama yang mengancam! Apasal band2 macam ni record company tak mau sponsor ha?? Patutnya artis2 macam mereka ni la yang boleh mengharumkan nama negara dalam industri muzik ni..cewah...macam poyo je aku ni kan, tapi inilah realitinya! Cuba dengar lagu2 band yang dikeluarkan oleh record company, pastu cuba bezakan lagu2 mereka dgn lagu2 indie band. Mana yang anda akan layan? Kalau tanya aku, dah tentu lagu2 inide band! Bagi akula, dah takde masa nak layan lagu2 yang tangkap leleh ni. Dah tak sesuai zaman ni. Eh, ini pendapat aku tau, aku takde mewakili mana2 kelab anti lagu tangkap leleh ke, persatuan indie band lagi bagus ke, parti pemusnahan kumpulan jiwang ke...bukan! Pendapat, nukilan, idea, hujah dan yang semusim dengannya ttg indie band lagi bagus ni adalah daripada kepala otak campur naluri dan jiwa aku sendiri, ok... Secara ringkasnya..hehe...dah merapu panjang lebar, baru nak bagi ringkasan..kehkeh... Apapun, secara ringkasnya, aku suka layan semua lagu HUJAN, 80% lagu MUH, 10% lagu Laila's Lounge, 10% lagu Bunkface dan 20% lagu The Times. Masyuk lagu2 HUJAN especially lagu Aku Scandal. Memang menangkap kalbu la...kena pulak dengan kisah hidup aku kan..huhu...tula...Kalau aku boleh memberi nasihat, dan kalau aku layak memberi nasihat kepada org2 record company, carilah band2 yang kreatif, inovatif, versatile, penuh ilusi, imaginative dan selamba macam band2 indie ni. Aku boleh jamin mereka boleh maju jaya yang amat sangat dan masyhur di dalam industri muzik Malaysia mahupun negara2 luar. Tak percaya kemerapuan aku, tengok jela betapa suksesnya kumpulan HUJAN sekarang. Boleh katakan dah established di Malaysia ni...Wokey, kemerapuan aku sampai sini sahaja, nanti aku sambung lagi...Wassalam...

Manela si Noh dapat idea buat rambut gitu...agak2 mata die ayu kot..kehkeh...jgn marah Noh...
Macam bagus je HUJAN ni..aku lagi bagus...hehehe...
No comments:
Post a Comment