Translate

Thursday, November 3, 2022

After 7 years

 Assalamualaikum

After 7 years, I have decided to re-live this blog. Haha


Now that I am a freelancer, I feel like I wanted to write again. This is the beginning of it.

Still don't have a topic to share, but I will soon.


Be it about cats, or animals, or just my ordinary boring life, I will post it here.

So, welcome back Hawa! LOL.


Here's Jason (orange) and Coco chilling on a table while watching birds, I guess.

AWE 526

Monday, January 19, 2015

Lepak tunggu jem reda

Assalammualaikum. Salam sejahtera.

Ye. Blog yang tenggelam timbul. Blog saya lah tu.

Hihu.

Memang tgh lepak tunggu jem reda. Ala jem yg dkt jambatan runtuh nak masuk Taman Putra Perdana tu.

Time gini, memang lenguhlah kaki nak menekan clutch dan brek dan accelerater. Makanya, lepaklah dulu.

Heee

Petang ni lepak kat Dataran Wawasan (betul ke namanya?) dekat Masjid Putra, Putrajaya. Tengok gelagat orang yang melepak kat sini jugak. Ada yang makwe main roller blade sambil pakwe pegang tangan makwe. Ada yang bapak main kejadah apa nama ntah yg ada 2 roda je takde papan atas roda pun, sambil dukung anak. Ada yang si bujang layan perasaan naik ape kejadah lagi ntah namanya yg beroda 1 besar ada tempat pijak kiri kanan roda tu.

Ada budak-budak naik skateboard ikut suka hati gaya kau lah nak. Ada budak naik basikal. Ada budak main bola. Ada sekeluarga kaum india sedang berdiri menikmati keindahan lanskap dataran dan masjid (barangkali).

Kalau aku ada roller blade, boleh jugak join pelepak pelepak (ada ke?) kt sini. Tapi sekarang yang ada hanyalah kasut krok, maka aku melepak dalam kereta sajelah.

Akak yg naik roller blade ditarik pakwenya ni lalu depan aku lagi. Kak, kalau camtu gayanya, sampai bila nak pandai. Bagi saya lah kasut tu. Boleh jugak saya tunjuk skil karat saya ni.

Hikhik

Oklah, jam pun dah menunjukkan pukul 6.45 petang. Sedang eloklah aku gerak sekarang menuju ke rumah bonda. Eh!

Jumpa di lain siaran. Assalammualaikum.

P/S : tahniah le upin ipin dan jay z malaya sebab menang AJL 29 semalam. Hiks!

Friday, March 7, 2014

Pop Bazic Tape Dispenser best wooo

Assalammualaikum, salam sejahtera.
 
Hari ni nak share berkenaan satu alat ni. Alat ni sangat membantu saya untuk packing barang. Tak pasti anda semua dah guna, pernah guna atau sedang guna alat ni. Hehe.

Tapi memang memudahkan dan mempercepatkan proses selotep menselotep. Alat ni boleh didapati di kedai Popular. Ni haaaaaa alatnyaaa



Nampak macam permainan budak-budak je kan. Hehe. Memang superrr easy and safe.



Selamat mencari alat ni dan mencubanya ye. Semoga urusan anda dipermudahkan...InsyaAllah.

Wednesday, February 26, 2014

Betik, Oren dan Vitamin C Shaklee

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni nak cerita sikit pasal vitamin C. Vitamin yang paling popular dan antara yang terpenting dalam badan kita.

Selama ni dalam fikiran saya buah oren adalah yang paling tinggi kandungan vitamin C. Tapi apabila saya google berkenaan vitamin C ni, tetttt! Rupa-rupanya betik yang paling kaya vitamin C. Wau!

Kita mahukan vitamin C cukup dalam badan kita kan? Jadi kita mesti makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti buah oren dan betik tadilah. Tapi ada sesetengah orang yang tak boleh nak makan buah oren atau betik ni atau lain-lain sumber makanan yang mengandungi vitamin C. Mungkin ada alasan mereka tersendiri. Atau mereka sangat sibuk sehingga tak ada masa nak ke kedai untuk beli buah-buah ini.

Maka wujudnya suplemen vitamin C daripada Shaklee ni adalah untuk alternatif bagi sesetengah orang ini. Sebotol vitamin C Shaklee ni boleh tahan sehingga 6 bulan.




Dalam Vita-Lea juga ada vitamin C. Bagi yang malas nak makan banyak suplemen, boleh ambil Vita-Lea untuk badan yang sihat dan cergas!




Vitamin C sustained release. Apa tu sustained release? Punyalah pandai setiap biji pil ni, bila kita telan ia, ia akan melepaskan vitamin C secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan vitamin C dalam tubuh kita pada waktu itu. Jadi badan kita sentiasa dibekalkan dengan vitamin C. Tak perlu risau!




Rupa bentuk vitamin C yang pandai ni. Nak kemam boleh, tapi masam lah. Hehe..


Nak tahu pasal harga dan bagaimana mendapatkan suplemen hebat ni, whatsapp atau hubungi saya Hawa Adam di 011 11511 373, pengedar sah Shaklee (ID 919272)

MARI SIHAT DAN CERGAS!

Tuesday, February 18, 2014

Makan lobak vs makan Vita-Lea

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Saya mencari-cari maklumat berkenaan vitamin-vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea Shaklee ini.

Saya mulakan dengan Vitamin A-Beta Carotene. Jeng Jeng (^_^)

Dalam rantaian makanan kita, beta carotene banyak terkandung dalam sayur-sayuran. Contoh terbaik adalah lobak dan brokoli serta asparagus.

Maka untuk merebut kebaikan dan demi keperluan badan kita terhadap beta carotene, kita pun makan lobak dan brokoli hari-hari.

Gigit-kunyah-telan-gigit-kunyah-telan sehingga kita rasa cukup beta carotene utk badan kita pada hari itu.

Tapi, kita bekerja. Sibuk pula tu. Mana nak fikir pasal kerja, nak fikir cukup tak beta carotene dalam badan kita untuk hari itu. Takkan tangan kiri pegang lobak, tangan kanan menaip kerja ye tak? Kihkih

Maka terciptanya suplemen multivitamin Vita-Lea untuk atasi kerisauan inilah. Telan sebiji dua setiap hari dan biarkan Vita-Lea memastikan badan kita cukup bekalan beta carotene untuk hari itu.

Mudah kan? Makan nasi pun lagi susah dari ini. He he he

Bulan ni Shaklee buat promosi harga banyak murah untuk Vita-Lea. Dahlah murah, beli 6 unit diberi 1 unit percuma pula. Amboi mana nak dapat macam ni. :D

Hawa 011-11511 373 : Telefon, mesej, whatsapp, LINE, wechat, ChatOn mahupun video call (he he) saya untuk memiliki Vita-Lea Shaklee terbaik ini sekarang!



Rupa paras Vita-Lea yang oh sangat menawan kalbu (^__^)




Vitamin dah multi, tambah lagi mineral, multi jugak. Kaya, kaya. (^_^)

Thursday, February 13, 2014

Penghantar Shaklee di Bangi,Serdang,Balakong dan Puchong

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya tak bagitau pun lokasi saya kan? Apalah saya ni. Hehe.

Saya duduk di Puchong, maka saya boleh hantar order anda. Saya kerja pula di Bangi,maka saya boleh hantar order anda di Bangi, Balakong dan Serdang juga.

Anda berada di luar kawasan yang saya sebutkan ni? Jangan risau. Poslaju kan ada. Hehe. Saya boleh poskan order anda.

Mari hubungi saya, tak kisahlah melalui telefon, sms, whatsapp, LINE, wechat, yahoo messenger, email dan lain-lain bentuk perhubungan semua saya layan demi kepuasan hati anda ;)

Siti Hawa Noor Adam
011.11511.373
bighawa@gmail.com


"Huh? Tak cukup vitamin dalam badan? Elok ambil suplemen dari Shaklee ni. Terbaik!" Nasihat Boyot (^_^)

Saya si Penjual Shaklee (^__^)

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lamanya tak muatnaik (skemanya) post baru kt blog ni. Bukan sebab saya dah tak brla kuxing. Hui kucing saya makin bertambah sejak pindah rumah ni. Alhamdulillah. Hehe.

Pada zaman teknologi canggih ni, saya hanya bergantung pada telefon pintar saya ni sahaja untuk layari internet dan lain-lain aktiviti berhubungkait dengan internet.

Payah sedikitlah untuk saya update blog saya ni. Tambahan pula,blogspot ni tak boleh dikemaskini melalui telefon saya ni.android version lama di kala tu agaknya. Tapi dengan tak semena-mena (ewah!) saya perasan yang blogspot ni dah boleh dikemaskini melalui telefon saya ni!

Melonjak kegembiraan la saya.. hi hi hi.. makanya inilah post terbaharu daripada saya yang dikemaskini melalui telefon saya. Lepas ni dapatlah lebih kerap saya kemaskini blog saya ni dengan perihal kucing dan shaklee..

Oh ye, saya nak bagitau yang saya dah jadi sebahagian daripada ahli Shaklee. No. ID saya ialah 919272. Ong mali ka no.ahli mula dgn no. 9? Kihkih insyaAllah rezeki Allah di mana-mana saja kan?

Maka itu, kawan-kawan,kalau nak order produk Shaklee atau bertanya apa sahaja berkenaan produk Shaklee, bolehlah komen di blog saya ni ye.

Kenapa saya jadi ahli Shaklee ni? Jawapannya mudah. Sebab saya dah merasai manfaat dan kebaikan produk ini untuk kesihatan diri saya dan keluarga saya.

Saya sangat syorkan kawan-kawan semua juga mencuba produk Shaklee ini untuk kesihatan yang optimum. InsyaAllah.

Sehingga di post akan datang, D.U.I.T selalu ye!

Wassalam



Saya penjual berdaftar dengan Shaklee ;)


Promotion bulan ni. Vita-lea le great multi vitamin (ini betul!!) Hanya RM65 sebotol. Mari beli! (^_^)