Translate

Monday, March 15, 2010

Mandi Sungai Pun Bole Sunburn Ke??

hehe...best mmg best..dah lama sgt tak gi mandi sungai. Semlm, 14 mac 2010(owh tarikh ni ialah besday kakak aku..hepi besday kak! if you read my blog..hehe..) aku, kham n elis(asalnye nak gi berempat, tapi sorg kawan last minit tak jadi pegi..huhu..) bertolak ke Serendah Falls, Rawang, Selangor utk menjalankan misi kami bermandi manda di sungai.

Udahle perjalanan yg sepatutnya sekejap jadi lama sebab tersalah masuk jln..mana taknye, signboard haram takde. Setakat signboard 'Serendah' jela..udahle pekan koboi, last2 tanye la kat akak kat stesen petronas situ macam mana nak pegi sungai tu. Sikit punya simple directionnya, tapi bila kami ikut direction tu, tetiba jmp sekolah pulak..kakak tu nak suruh kitorg pegi sekolah ke hape..

Tak pasal2 terpaksa kitorg tanye makcik jual pisang goreng kat tepi jalan. Nasib baik makcik tu sgt baik tunjukkan direction yg senang gila dan senang kami ikut smp tangan makcik tu menari2 nak menunjukkan jalan ke sungai tu nnt berbengkang bengkok..haha...

Lalu, kami pun bergegas ke sana (dgn menaiki kereta la ye) dan tiba di satu jalan yg amat sempit, hanya satu kereta je bole lalu dlm satu masa. Dan kalau ada kereta dari arah bertentangan, sure kami kena berhentikan kereta dulu utk bagi jln kpd kereta itu.

owh, nak ke Serendah Falls tu kena masuk Kg. Org Asli, so bykla rumah2 org asli kat kiri kanan jln..rasa mcm pegi Cameron Highlands pulak..byk rumah org asli..huhu..jlnnye pun bole tahanla mcm pegi Cameron Highlands..huhu...

Setelah menempuh byk rumah2 org asli, dgn jln yg bole tahan bengkang bengkoknya, dan selisih dgn kereta dari arah bertentangan yg dgn selamba bawak laju, kami pun smp ke tmpt yg dituju. Sebaik je parking, terus nmpk air terjun yg memanggil2 kami utk terjun ke dlm sungainya dan enjoy di bawah air terjun itu..huishh..nikmat2..

Lalu kami pun terus ambik brg2 dan bergerak ke air terjun itu. Smp je, alangkah tak bestnya tgk keadaan kat air terjun tu sebab punyela ramai org yg berendam kat kawasan air terjun tu. Lalu kami pun decide utk mendaki bukit utk mencari port yg lebih sesuai dan tak ramai org, pendek kata port tu kami yg punye.hehe..

Penat mendaki bukit, kami pun jmp la tmpt yg sesuai utk kami mandi manda dgn aman dan sunyi sepi..hehe..tapi, yg tak bestnya, tgh2 kami mandi, ada pulak org2 asli ni, yg tua dan yg muda mundar mandir dgn motor mereka kat kawasan kami mandi tu..itu ok lagi, yg tak oknye, ada sekumpulan bdk2 lelaki ni dok bertenggek atas motor mereka, tunggu kami mandi manda kat situ..pada firasat kami, tmpt kami mandi tu adalah port mereka selalu mandi manda dan bersuka ria. hish, kacau betulla, bagila kami pulak nak bersuka ria kat situ. korang bole bersuka ria hari lain, maklumla, tmpt korang kan..huhu..

Kami tak beralah, selagi ada lagi org yg mandi manda kat bhg atas2 dpd tmpt kami, kami buat tak tau je. smp la org2 yg mandi manda kat bhg atas ramai yg dah balik, kami pun apa lagi, turut mengangkat beg2 dan pergi dari port kami yg best tu..huuu..

Nak tau, belum sempat kami kemas2 beg kami, bdk2 lelaki yg dok bertenggek atas motor tu, cepat je terjun dlm sungai tmpt kami mandi tu..mmg betulla firasat kami tadi..hishh..sgt hampeh.

Tapi, walaupun kami dah pergi dari situ, tak bermakna kami terus balik..hehe...mana puas mandi baru 2 jam, takkan dah nak balik..udah le jauh mandinye..huhu...kami pun carila port baru iaitu kat air terjun yg kami mula2 nmpk tu.ramai org pun ramai la, janji kami bole berendam lagi lama.

Apa lagi, dah mandi dekat air terjun kan, kami pun ambik kesempatan "berurut" kat bwh air terjun tu..hehe..mmg best, urutan semulajadi..aahhhh..hehehe...

Agak2 jari2 dah kecut, badan dah tak larat, kaki dah lenguh2, dan bibir pun nak kebiruan dek kesejukan, kami pun kemas2, tukar baju dan..owh sebelum balik, sempat order burger daging special satu sorg sebab masa dah abih mandi tu bau burger brader tu sgt menusuk kalbu.huhu...

Sebelum Elis drive, kitorg bedal burger dulu, lepas tu baru bertolak balik.. smp kat satu jalan tu, ada org jual durian, buah2an dan air kelapa serta air2 lain. Kami pun singgah kat situ dan makan durian sorg sebiji sambil minum air kelapa muda...perghhh..mmg sedap..pertama kali aku mkn durian kat tepi jalan, siap brader jual durian tu suruh kitorg makan durian kat dlm van dia lagi sebab masa tu hujan dah mula turun rintik2..hehe...gila seronok...

Dah puas makan durian dan minum air kelapa muda yg sgt sedap, kami pun berangkat pulang. Mmg seronok, dan kami berhajat utk pergi lagi, tapi bukan kat Serendah Falls la, nak cari falls lain..hehe...so, falls lain, bersiap sedia la menerima kedatangan kami! yeahhaaa...!!!!





kenapa ambik gmbr dari website? sebab kami tak sempat nak bergambar, sebab terlalu seronok mandi manda..hehehe....






ni la air terjun yg menjadi tumpuan ramai utk mendapatkan "urutan semulajadi"..hehehe...

owh...kami ada ambik gmbr, tapi gmbr lepas dah mandi, salin baju dan menunggu brader burger tu siapkan order kami..hehe..kat
En@$$EMP0I

2 comments:

  1. we.. makcik yg tunjuk jln tangan goyang2 tu bukan jual goreng pisang lah... dia jual air jambu ngan jambu letak asam tu..

    hahahhaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha..ya kah..aku pun tak perasan..sbnrnya main belasah je ckp jual pisang goreng..hakhakhak....terima kasihla makcik si penjual jambu dan air jambu..haha...

    ReplyDelete