Translate

Thursday, March 4, 2010

Pernah dgr tak?

Anda pernah dgr tak suara kucing selain kebiasaan yg kita dgr mereka keluarkan iaitu "meow meow" tu? hehe...kucing ada pelbagai bunyi, bila nmpk cicak or lipas, bunyi lain, bila nmpk burung bunyi lain, bila nak mkn bunyi lain, bila nak buang air bunyi lain, bila menggatal a.k.a gersang bunyi lain dan mcm2 situasi lagi. mcm manusia juga, ada lain2 intonasi suara bila suka, bila marah, bila geram, bila sedih, bila ketawa, bila nangis, bila menggatal (err...ada jugak ke?hehe...) dan mcm2 situasi lagi.

Kucing aku, Mel, amat suka buat bunyi bila nak mkn, especially bila nak makan ikan tongkol kukus yg mak aku hidangkan, lagila menarik bunyi yg dikeluarkan oleh cik Mel ni. video di bawah ialah contohnya bunyi yg Mel keluarkan. tgh tunggu mak aku hidangkan ikan tongkol kukus kegemarannya. Owh, lagi satu, dia pantang dgr tutup periuk kukus tu berlaga, mesti telinga akan capang dan memecut lari ke dapur walaupun time tu ada kat bilik tgh main2 dgn aku..hehe..sungguh berkuasa periuk kukus itu..haha...

So, silalah tonton video amatur live cik Mel meminta ikan tongkol kukus dari mak aku..hehe..






Maaflah mak aku terseksi pulak kan dek melayan Mel tu..hehe...tak keruan jadinye Mel bila tau mak aku nak bagi dia ikan tongkol kukus...

1 comment: