Translate

Friday, April 16, 2010

**Jodoh Itu Bukan Untuk Aku**

Kenal, jumpa, kenal lagi, jumpa lagi
Kau pun katakan hasrat hati, ingin menjadi sura hidupku
Kau kata kau akan melepas sesuatu yang bermakna kalau tak punya aku
Kau kata hati dan fikiran hanya pada aku..memanglah, lelaki punya satu nafsu sahaja

Lalu, aku tunggu kenyataan kata-kata kau
Lalu, aku tolak tepi dugaan daripada lelaki-lelaki lain yang datang cuba memasuki ruang hati aku
Lalu, aku pendamkan keinginan untuk bersosial dengan lelaki-lelaki lain
Lalu, aku setia menunggu panggilan atau sms dari kau, kerana aku si penunggu setia

Tapi, kau selalu tak jadi menepati janji untuk berjumpa dengan aku
Tapi, kau selalu tak berangkat telefon bila aku hubungi kau
Tapi, kau tak pernah dengan pantas walau 5 minit untuk menjawab sms aku
Tapi, kau selalu mematikan telefon bimbitmu tanpa aku tahu apa sebabnya

Jadi, akukah yang bodoh menunggu kenyataanmu yang tak pasti
Jadi, akukah yang mereng kerana aku sahaja yang memulakan sms atau panggilan
Jadi, akukah yang sempit fikiran kerana percaya kau akan kotakan janji-janji taburan rawak kau
Jadi, akukah yang buta mata hati kerana menjadi penunggu setia kepada kata-kata manis kau
Jadi, akukah yang rabun mata hati tak menerima huluran persahabatan dari lelaki-lelaki lain
Jadi, akukah yang perasan mengharap kata-kata kau jadi kenyataan sedangkan kau tidak serius

Maka, aku nekad tidak menunggu kau lagi
Maka, aku cerdikkan diri tak menjadi penunggu setia yang buta mata hati lagi
Maka, aku celikkan mata hati menerima huluran persahabatan lelaki lain
Maka, aku sepak pipi aku suruh diri sedar tiada benar dan serius dalam kata-kata kau itu
Maka, aku pakai cermin mata hati untuk menerangkan persekitaran yang lain dari kau
Maka, aku siumankan akal untuk tidak senang-senang menyedapkan kau dengan memulakan sms atau panggilan
Maka, aku redha kalau kata-kata kau tidak jadi kenyataan
Maka, aku tidak mengharap apa-apa lagi dari kau
Maka, aku BEBAS!

p/s : tiada kena mengena dgn yang hidup ataupun mati, kalau ada pun cuma kebetulan sahaja

5 comments:

  1. aku ske...... ske sangat...

    "pernah dulu 1 ketika.. aku juga berperasaan begini... namun mungkin aku lekas sedar.. dan akhirnya bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar...dengan insan yang cintanya melebihi cintaku pada dirinya..."

    amacam ayat aku... hebat bukan... hahaha...

    ReplyDelete
  2. hehehehe....mmg hebatzzzz....bole karang novel sebuah..hehehe...

    ReplyDelete
  3. aku biasa mood macam tu dulu... dulu lah... time hati degil... hehehe...

    ReplyDelete