Translate

Wednesday, August 4, 2010

Selepas Meeting Payroll...

Assalammualaikum...

Okeh, semalam telah berlangsunglah meeting payroll seperti yang dinyatakan dlm entry sebelum ni. Erm, boleh kata berjalan dgn lancar (walaupun sebenarnya ada yg tak membuka hijab sepenuhnya) dan bos pun puas hati..hehe. Jadi, kesimpulanna bolehlah aku simpulkan seperti di bawah :

1. dalam audit firm yang small size, tolong jgn mimpi nak dapat gaji seperti big firm..sedangkan workload kau setakat 3 4 bulan je puncaknya, selebihnya main game dan mentenet (termasuk aku). jadi, memadai dan berpadananlah gaji yang kau dapat skrg nih.

2. bila seorg bos dah betul2 bersikap terbuka mengenai payroll yang mana itu perkara paling wajib dalam hidup kita, maka seorg staf itu wajib jugalah bersikap jujur, amanah, ikhlas, komitmen dan sabar dalam menjalankan kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan tanpa mempertikaikannya kerana seorg bos itu ingin melihat sejauh mana staf itu mampu memikulnya dgn 5 perkara yang disebutkan tadi.

3. bila dalam satu company tu hanya ade beberapa kerat je staf (contohnya 6 org staf), tak payahlah nak berselindung2 cakap2 belakang kerana lambat laun (dan selalunya cepat) org yang dimaksudkan itu akan tau jugak duduk perkara sebenarnya. walaupun kau kata kau tak biasa berterus terang, tapi percayalah, dalam hidup realliti ini nak2 lagi dalam alam pekerjaan yang kau akan jumpa berbagai-bagai ragam manusia yang mungkin akan suka atau tak suka kau, kau perlu berterus terang supaya keadaan tidak menjadi keruh mcm air sungai klang.

4. bila seorg bos tak menilai gaji seseorg berdasarkan KPI semata-mata, maka bersyukurlah yang teramat sangat kerana bila semalam setelah bos ajar kami mengira KPI kami, maka mmg kami langsung tak layak menerima gaji seperti sekarang ini. oleh itu, BERSYUKURLAH sangat sangat wahai manusia walaupun aku tau (termasuk aku) manusia tak pernah puas dgn apa yang diperoleh, tapi satu detik dlm hidup kita, kita wajib BERSYUKUR.

Ermm, rasanya itu sajalah kesimpulan yang aku boleh buat..nanti kalau list terlalu panjang, bukan kesimpulan dah namanya, huraian namanya pulak..hehe. Makanya, fikirlah dulu semasak-masaknya sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara yang boleh membebankan orang lain walaupun kita tak sedar yang tindakan kita itu boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

p/s : semua di atas adalah untuk renungan bersama termasuk aku. harap tiada yang terasa hati, hempedu, jantung, pundi kencing mahupun pankreas kerana tiada niat untuk menyentapkan sesiapa.wassalam..

ntah ape2 ntah, tido ngangkang lagi best...aaahhhhh...hehe....

10 comments:

  1. wanna BIG money... give your BIG responsibility and commitment first... Setakat kije men tenet + ber-feabuk-ing.. lebih baik DIAM!!!

    Betul kan cik awe... (~_~)

    Ohh... Malam tadi aku selesai kije pukul 2 pg.. Dan pagi tadi hampir menangis bila bos suruh bukak balik hanya sebab dia nak tambah 1 ayat di mukasurat kedua... (~_^)

    now.. that is the BIG responsibility bila terpaksa buat kerja BODOH sambil senyum.. after all he is the bos (o-0)

    ReplyDelete
  2. haha..yeah u're right beb!

    kesian ko..huhu...takpe2, itu semua dugaan dan cabaran dlm menjalankan amanah yg telah dipertanggungjawabkan kpd kita kan...buat seikhlas hati, barulah hasil itu berkat...walau macammana teruk sekalipun environment itu..hhmm..

    ReplyDelete
  3. mau ke SPA... jom... xpun kita g umah urut.. mmuhhahahhahahaa (O_O)

    ReplyDelete
  4. huahuahua..rumah urut b2b ke or gay..hakhakhak..yuckssss....:P

    ReplyDelete
  5. oh. payroll.
    emm. pay rate x hours working.
    pastu tambah dgn ot.

    sorry~ baru blaja programming buat mende alah ni. hehehehe~

    ReplyDelete
  6. hah...kalau ade ot...kami takde ot ye, harap maklum...gaji semata.....sekian trimas...:p

    ReplyDelete
  7. kesimpulan nye aku simpul kan balik boss ko dpt tau ada yang merungut2 soal gaji eh. then bila boss ko rate performance staff base on kpi, ramai yg tarik balik niat murni nak increment eh? aku masa appraisal pun taku nak list kan current workload kang tkaut kena balik kat diri sendiri. apa pun bak kata ko, bersyukur la kan.

    ReplyDelete
  8. hehehe......begitulah lebih kurangnya kesimpulan dari meeting tu aly...tapi sbnrnya pasal increment argument tu sorg je terlibat, tapi bak kata pepatah la kan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..kuikuikui...

    yela..kita wajib bersyukur...:p

    ReplyDelete