I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 11, 2011

Segmen Tahukah Kita : 1st Episod : Kucing mengandung berapa lama?

Assalammualaikum...

ye..seperti tajuk di atas (skema giler ayat), aku nak cer cuba satu segmen iaitu "Tahukah Kita?" ..haha...sebenarnya dah lama tak post pasal kucing. mesti ada yg kutuk blog aku...

" ape daaa..nama blog akuamatsukakucing, tapi post pasal ntah ape2 ntah...ish"

atau

"ini blog ke hape?? cam boring giler je post2 dia...duh..."

errrrr......gitula..kot...andaian anda....

jadi, pada post kali ini, saya nak mulakan segmen baru ini.. dan first "Tahukah Kita?" ialah "Kucing mengandung berapa lama?"

ada sesiapa tahu ke sebenar-benar-benarnya kucing mengandung berapa bulan? adakah sama dgn manusia mengandung smp 9 bulan? adakah kurang daripada itu? adakah lebih daripada itu?

sebenarnya, kucing mengandung atau selalu kita bahasakan kucing bunting selama 60 ke 64 hari je...tak lama kan..tu pasal kita rasa mcm kita baru je tgk kucing tu perut memboyot, sekali tak berapa lama dah kempis. dah beranak rupanya dia..sebab diorg bunting selama 2 bulan lebih je..

disebabkan kependekan tempoh bunting tu la, maka baanyakkkkkkkkkkkkkklah kucing2 terbiar berkeliaran di merata-rata tempat. sehingga tidak terbentung, ada yg kena langgar kereta, (paling selalu terjadi..ish sadis!), kena pukul dgn pekerja kedai makan pasal kucing2 ni mintak belas kasihan bagi mkn barang secubit dua cubit ikan ke (tak sedih or kesian ke tgk muka diorg mintak mkn hah???), sampai ada pekerja @ tauke kedai makan yg sanggup potong kaki kucing2 ni hanya disebabkan diorg mintak makan.

ape kejadahnya korg nak potong kaki dia?? campak jela ikan sekor kat kucing tu, kau bukan setakat dapat pahala, siap kucing tu doakan kau lagi " ya Allah, kau limpahkan rahmat dan rezeki ke atas org yang bagi aku makan ni..aminnn"

hah..itu pun kau taknak ke?? aku tak paham betullah sampai nak potong2 kaki binatang nih...emosi aku jadiknya ha smp tersasar daripada tajuk..haih..

ok, back to the topic.. kalau manusia, yakni kita, nak bersalin, selalunya akan pergi ke hospital la kan utk melahirkan anak yg dah dikandung tu. kalau kucing, dia pegi ke hospital jugak ke nak melahirkan? tau ke diorg hospital tu ape??

ha, Allah jadikan haiwan ni sangat istimewa. manusia kena ada org lain utk sambut kelahiran anak, kucing dan haiwan2 lain DIY habaq hang! diorg sambut anak sendiri...bayangkan paling maksimum diorg boleh lahirkan 6 ekor anak kucing yg comel2 kiut miut geram rasa nak gomol2 je....he he...dan sebanyak 6 kali lah si ibu kucing bersabar melahirkan anak2 kucing ni satu persatu.

kalau kita manusia ni, tak boleh nak teran bagi keluar anak, ada alat2 canggih seperti vakum...kalau tak bole jugak, doktor operate bagi keluar anak tu. kalau kucing, mana nak cekau alatan canggih kalau anak diorg degil loqlaq (awat byk pulak term utara nih?) tak mau keluar  dari perut mak dia, ibu kucing ni guna mulut dia je tarik anak dia keluar. yang ajaibnya tak putus pulak kepala anak tu bila ditarik keluar dgn mulut sahaja. kalau kita, tarik guna vakum tu, kepala anak mulalah terbonjol sebelah, terbujur pulak..kena tuam bagi bulat balik..he he..

kalau kita, doktor yg potongkan tali pusat anak tu, nurse yang akan lap anak tu gently semua darah2 yang terlekat kat badan anak tu, ada org yang akan basuhkan uri anak tu. kalau kucing, macam aku habaq tadi la...DIY...ibu kucing ni la yang putuskan tali pusat anak dia tu, ibu dia yang jilat bagi bersih keenam-enam ekor anak dia bagi takde kotor langsung, ibu kucing ni la yg akan makan uri anak2 dia tu...ajaib ajaib

dari situ kita dah bole sedar betapa beruntungnya kita sebagai manusia. yela kau org mesti kata "mmg patutla doktor yang sambut, mmg patutla nurse yang bersihkan, aku dah bayaq bil bersalin nu, mmg patutla depa serve utk aku." (ish, utara lagi..haih)..mmg betulla tu, tapi keinsafan tu takde datang ke kat hati kita bila kita tak pedulikan kucing2 terbiar ni, atau tak jatuh kasihan ke kita bila kita nak aniaya kucing2 ni?

daripada aku nak cerita pasal tempoh kucing bunting, dah terselit jugak pasal keinsafan terhadap kucing ni (insaf ke pun?)

jadi, harapan aku, kau org yang pernah menganiaya kucing tu atau haiwan2 lain, harap dapat hentikanlah penganiayaan tu. dan kalau kau org ada makanan lebihan yang boleh kucing2 ni makan, harap bolehlah kongsi2 makanan tu dgn diorg. tak susah pun, tak menyusahkan pun, tak rugi pun, tak dikeji pun. malah dgn izin Allah kau org akan dapat pahala kerana prihatin terhadap kucing atau haiwan2 lain. dan kemungkinan besar kucing atau haiwan lain yang kau org bagi mkn tu akan doakan nikmat utk kau org. kita selalu dgr org tua-tua ckp, "kalau burung singgah kat tingkap rumah kita, ada la rezeki yg akan dtg tu" (err lebih kurang mcm tu la org tua2 ckp..he he). jadinya, kalau kita lebih bermurah hati dgn haiwan, Allah akan lebih bermurah hati dgn kita. janji kita buat perkara itu dgn ikhlas tanpa meminta balasan dpd-Nya.

aku paham kalau kau org tak boleh nak bela kucing disebabkan kekangan-kekangan yang kau org hadapi spt mak tak bagi ke, anak takut kucing ke, kau sendiri takut @ geli kucing ke..he he..tapi tak salah kalau kita berbakti dgn kucing2 terbiar atau haiwan2 lain ni. dipandang mulia lagi adalah..

aku sendiri pun mampu bela 4 ekor kucing je kat rumah..maklumlah..dok rumah flat je...tak bole la nak bela byk.. jadi, dgn permulaan segmen "Tahukah kita" ni, aku harap kita sama2 boleh berbakti dgn kucing2 terbiar ni ataupun haiwan2 lain, tak banyak sikit pun jadi.

wassalam....


kalau Sue si kucing aku tu bunting, mcm ni la gamaknya keadaan dia..hehe..si Sue dah dikasikan utk mencegah pembiakan kucing yang tak terbendung...


haaaaaaa....kawaiiiiiii......anak2 pun calico gak..huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...geram2..


agak2 nya mcm tu ke anak2 kucing dlm perut mak diorg..haha...kreatif2 imaginasi budak nih...




ingat manusia je ke ada buku pasal pregnancy, kucing pun ada laaaa..tapi, bukan kucing la yg baca, manusia la yg baca..haha....




info pasal kucing pregnant ni aku ambik dari sini. kalau rajin bolela dptkan info kat link tu ye... :D

14 comments:

  1. ko dah try nasi goreng kucing? dengar cite sangat lazat & menyelerakan ;-p

    ReplyDelete
  2. kurang asam ko faz..ko penah rasa ke??atau ko penah masak hah?? :p

    ReplyDelete
  3. aku x penah rasa la, ingat nak ajak ko rasa sekali, kt thailand ada, kt m'sia x tau la ada jual ke x... nasi goreng kucing kurap lagi sodap!!! hahaha

    ReplyDelete
  4. ceitt...ko la mkn sorg2...aku takmau bersubahat dgn org2 siam tu...sekeh ko kang fazz..

    ReplyDelete
  5. haha...terbaekkkk la abot citer ko nih...

    ReplyDelete
  6. he he he....idakle terbaek..tapi cukup la utk mengingatkan diri aku dan harap2nya yg lain2 kalau baca..hu hu..

    ReplyDelete
  7. Suka suka saya pon suka kucing. Kucing saya tengah bunting. Tak sabar nak sambut baby2 comeiiii

    ReplyDelete
  8. hehe..bagus2..bestnya ada kittens.nnt jaga kittens tu smp gebu2 eh..hu hu...

    ReplyDelete
  9. aku x suka sebenarnye pada mulenye.. he.. almaklumlah rumah kuage aku x pernah ade kucing. sejak berkahwin, rupenye laki aku ni pencinta kucing.. satu hr tu parent die g umrah so die terpaksa la ambil kucing2 die bawak balik rumah aku..mase die g keje aku la y bg makan lame2 kucing tu jinak plak ngan aku pastu aku plak yg x bg die anta blik kucing die lpas parent die blik dr umrah... akhirnye sampai sekarang la aku bela kucing2 die.mmg btul kucing bunting x lama.saje nak share y kite akan sayang kt kucing kalau bela die.. he...

    ReplyDelete
  10. cycylhlh....syabas aku ucapkan kat kau sbb kau telah melakukan anjakan paradigma trhadap diri kau..dpd tak suka kucing kpd suka kucing..tak ramai org mcm kau ni yg boleh lakukan apa yg kau dah lakukan...tahniah! aku suka dgr citer2 mcm ni, sbb ia membuatkan aku sedar yg lebih ramai yg makin sayangkan kucing dan haiwan2 lain..teruskan usaha kau dlm memberi sepenuh kasih syg trhadap kucing2 yg mmg sgt memerlukannya..

    ReplyDelete
  11. kihkihkih..tergelak-gelak bca ayat2 sempoi awk..best2..thanks for the info..at least, terhibur smasa membaca info2 ni..xdela mengantuk bca ayat2 skema dlm buku2 yg ditulis doktor2 atau prof2 yg arif lagi bijaksana..bca ayat2 skema buleh wat terlentok oo..(teringat masa study dlu2..buku yg bca saya :P )
    saya sgt suke kucing gak..hehehe kat umah ni ada kucing bunting..tu yg cari info sikit sebanyak.. glad bila jmpa blog ni ^^

    ReplyDelete
  12. auni amauni..thanks sbb jadikan blog sy ni sbg bahan rujukan.hehe.tahniah kerana tak lama lahi akan dpt cucu2..hihi.harap2 mereka membesat dgn sihat dan kuat.hehe.

    ReplyDelete
  13. Tq untuk info kucing mengandung....ptut la kucing saya dah mula nak mencari2 tmpat beranak.....tq...rupanya sekejap jer dier bunting....tq3....

    ReplyDelete
  14. Kucing kampong mmang pandai beranak.tp kucing parsi perlukan bidan.kucing sy klau xde bidan, dia biarkan baby tu dlm uri.abes semua mati lemas

    ReplyDelete