Translate

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H

Assalammualaikum semua

Seperti biasa, bersawang lagi blog aku ni..he he...kalau tak bersawang, bukan blog hawa namanya..kuikui

Sebelum terlambat, aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H kepada umat Muhammad yang menyambutnya. Harap-harapnya percutian raya kau org lebih bermakna pada kali ini. Oh ye..tak lupa juga Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 tahun. Semoga negara kita dan kita akan lebih merdeka dan berdikari.

Sebenarnya, dalam kita bersuka ria dgn keluarga dan sanak saudara, ada yang merana. Aku bukan nak ckp pasal kesengsaraan manusia, tapi aku nak ckp pasal kesengsaraan binatang peliharaan Nabi, iaitu kucing.

Dalam satu kejadian, kucing-kucing yang kononnya dijanjikan oleh tuan punya tempat boarding kucing akan dijaga dengan rapi, siap ada pakej grooming apa jadah semua dgn harga rendah, telah mengabaikan kucing-kucing yang bertuan yang mengharapkan perkhidmatan tuan punya tempat boarding ni, sehingga menyebabkan kematian berbelas ekor kucing.

SANGAT MENDUKACITAKAN

Aku kongsikan artikel yang aku petik dari satu blog utk kau org hayati, nilaikan peri atau tak perinya kemanusiaan tuan punya kedai boarding kucing ni. Klik link untuk bacaan lebih detail.


ni pulak artikel di akhbar The News Straits Times


ni artikel dari akhbar The Star


dan kat blog ni kau org boleh tgk muka 2 orang pengaut untung tak berhati perut ni. Aku sarankan mereka berdua ni dihukum kurung smp kurus melengking tanpa makanan minuman macam yang mereka berdua ni buat kat kucing-kucing tu.


Kepada pemilik2 kucing tu, kau org fikir-fikirkanlah...sama ada nak boarding kat tempat yang murah, tapi hasilnya kucing kau org sakit, atau silap haribulan terus mati...atau boarding kat tempat yg mahal sikit tapi hasilnya berbaloi-baloi.

Macam aku, sangat puas hati dengan layanan Kitton Pet Service (KPS) sebab kucing-kucing aku sihat walafiat, walaupun pelaburan yang terpaksa dibuat agak besar..tapi untuk yang tersayang, sanggup aku lakukan apa sahaja untuk lihat mereka bahagia. (^__^)

Fikir-fikirkan, dan selamat bermuhasabah!


p/s : aku tak sanggup nak post gambar-gambar kucing teraniaya tu kat post aku ni. tak sampat hati....(T______T)

No comments:

Post a Comment