Translate

Monday, November 4, 2013

Anjing dan Kucing

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi lebih kurang jam 1.30 pagi (04.11.2013), saya telah menjadi saksi kepada seekor kucing yang telah di'kerja'kan oleh lebih kurang 5 ekor anjing jalanan.

Walaupun mangsa bukan kucing saya, saya sangat sedih. Sebab saya tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan nyawanya.

Sekadar mampu menghalang anjing-anjing itu daripada terus merobek badannya hingga hancur.

Gambar mangsa? Tiada. Sebab saya tak sanggup.

Persoalan timbul di benak saya..mengapa anjing membaham kucing? Selain daripada lumrah dan fitrah kejadian anjing dan kucing ciptaanNya,adakah sebab lain yang mendorong berlakunya kejadian ini?

Mungkin saya boleh kupas dalam segmen 'Tahukah Kita?' tidak lama lagi.

Sekian sahaja. Wassalam

Salam Maal Hijrah


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment